Sunday 27 January 2013

Dingdong-dingdong di kem "Permata Pintar Negara (PPN)"


                                               SEBULAN DI KEM PERMATA PINTAR

AssaLaMualaikum……lamenye terbiar blog nie..nk update la ckit.. Just nak share pengalaman masa join kem permata pintar negara (PPN) 2012 selama 1 bulan. Banyak pengalaman yang dapat..LeTih pun ada jugak but seriously enjoy…lagi pun ada kawan2 kos..Tu yang beronok-ronok tu.. hehe..Program kat PPN tu ada yang bertugas sebagai Ressident assistant (RA), Teaching Assistant (TA) and Instructor(I).

          Program tu dijalankan kat UKM and I’m as ressidential assistant (RA) untuk student2x yang join daripada setiap negeri. Range umur student yang join antara 9 -15 Tahun..Kecik2 da belajar jauh. Bagus parent diaorang. Student yang join lebih kurang lam 800++ kot..xingat da, maklum la da sebulan berlalu. Setiap kursus akan ada 2 orang RA yang akan jaga mereka nie..Cik ChA jaga student kursus SAINS PENERBANGAN (SP), 36 0rang and yang x dilupakan juga..my sweet couple for 1 month is MR.ChAN MaliChaN (kawan-kawan suka panggil dia “Chan Contoh” cz asyik beri contoh j untuk semua perkara). Dia nie baik and budak2 pun enjoy dengan dia..kadang2x ada juga time dia buat cik Cha rase cm  STRESS tapi kejap j la…Bnyak sgt benda yang happy sampai lupa benda2 yang stress nie..kawan2  RA pun baik n giler2 j sume.

          Kata pepatah, “ sambil menyelam, minum air”.entam j la..haha..So, sambil2 jaga diorang cik Cha dapat tambah pengalaman + kawan baru + jalan2x & banyak lagi..Nak cerita sume, sampai esok pun xkan habis lerr..

         Ada macam2 aktiviti yang RA handle sepanjang 1 bulan tu cam Pertandingan Debat, Senam Aerobik, Perbarisan, sukaneka, majlis penutupan dan yang paling kemuncak adalah malam Talentime (Persembaan setiap kursus). Budak2x nie memang talented sungguh..persembaan kaw2 j sume..kagum n teraru j...


Rakan-rakan RA yang join...sorry sape yang x derr......
Perbarisan dan aktiviti sukaneka
Petandingan debat...SP dapat naib Juara..Tahniah adik2xku...
Lawatan ke TUDM dan Planeterium...
Mencipta Belon udara panas sendiri..hebat la budak2x nie..
Persembahan setiap kursus malam "Talentime"
Cik cha dengan rakan-rakan di PPN

                                                                      "Wassalam"

Monday 27 February 2012

Outing With my Costmate...

Biase klu hari minggu waktu tido istimewa ckit..tapi minggu nie da lari timing sbb OUTING dengan COSTMATE....tapi x kesah pun sbb bukan selalu...lagipun daa tahun last nie...sekarg la masenye untuk ENJOY!!!!.."enjoy la sangat"..hahaha...
       Tak semua dapt join sbb ad yg g Cameron....kiteorg g MidVelly j...huhuhu....kena tinggal...
Yang pergi time tu..Mami, Aisyah, Ina, Tasnim, Fiza, Nad, Maria, Maz n SAYA...
       Mula-mula.......kiteorang tengok wayang....makan...Shopping Buku...n makan kat Cake Resipi..Yummy...sedap giler kek dia..TQ to Maria n Mami sbb belanja makan kek..suka2x..



Beriya j cari kad...fake2x..haha

Ronda-ronda KL

"Nad"
"Maria"

"Aisyah"

"My lovely Mami"

   Terima Kasih Ya Allah sbb anugerahkan kawan2 seperti mereka...yang x ad lam nie jagn terasa lak..Saya sayang semua...hehehe..(*_*)

Tesis OH tesis.....

Atoyai....penatnye main dengan tesis nie...orang buat kajian..kite cbuk nak buat kajian jugak...sekarang...tau ler macam mane cerewetnye bt experimen...huhuhu..
    By the way...susah tu susah jugak...tapi nak buat macam mane..NASIB BADAN...(*_&)
Nak cerita pe ek??...erm...kite cerita pasal lab j la hari nie...

"Pengekstrakan dan Pencirian Selulosa Daripada Buat PUTAT"...nie tajuk tesis cha...sebut j buah putat semua orang akan berkerut dahi..mesti akan dengar.."eee..bt pe tu??.."..sape yg kene terang..cha jugak...hahaha...Putat nie buah yang jarang org tengok sebab tak semua negeri ada..nie ha gambar buah putat..
"Buah putat"
 Daripada buah putat nie...cha kne bt extraction tuk dapatkan selulosa..memg tension la nak boleh bt experimen...bukan pe..letih sebab kena ulang alik..instrumen yg cha guna tu..ad kat lab master ..So,if i want to use it,..kena la berkorban kaki..hahaha..

my prend...aisyah n sue...

Koya j nie...hahaha

      Orang kate sambil menyelam..minum air...Dalam2 duk tension buat tesis tuk,,,menyempat aje kiteorg berphotoshot...hehehe...layan...

Friday 13 January 2012

Wall Climbing

Yeah!!!..akhirnya sampai jugak kat Taman Cabaran, Putrajaya...Kredit to mie, topeq n azmel...ad lagi 2 orang..kawan topeq..

Kiteorang gerak g sane pukul 2 petang. Topeq mai ambik..Yang pergi petang tu,AKU, Aisyah,Sue n Jam..Murah j..
Masuk : RM3
Sewa Kasut : RM7
So, TOTAL : RM10

"Makan sendiri-sendiri laaa"..hahaha..

rest time...macam penat sgt j kan..



nie saya, ngah prepare nak naik..hihi
Langkah 1
naik sikit j..huhu..takot
nie daa tengah-tengah..yes!!!
da sampai atas...BERJAYA!!!..

kiteorang balik pukul 6...peh!!..lame giler kan..2 hari lepas main nie..mak aiy!!!...Sakit tangan...huhuhu..tapi BEST!!!!

Friday 16 December 2011

Menjenguk ke belakang atau Melihat ke hadapan...

 Banyak benda yang aku dapat belajar dalam hidup..aku pernah gagal dan pernah jugak berjaya..Tapi semua tu jadi tanda tanya, KENAPA BANYAK GAGAL dari BERJAYA??..Aku usaha bagai nak mati tapi xdapat macam ape aku buat.Bukan ke ada pepatah  "kejayaan akan dapat setimpal dengan usaha"..tapi aku ternanti-nanti  waktu tu..Aku mengadu nie.. bukan dah putus asa, just nak share biar aku x rase yang aku teruk sangat..hahaha..Kadang-kadang aku terpikir, aku j k yang macam nie..kenape semua orang boleh, aku tak boleh...

     Satu pagi, bile aku bangun tido..aku pikir aku x akan ke mana-mana kalu asyik duk pertikaikan hukum alam. Lebih baik aku ikot dulu perancangan yang Allah dah buat untuk aku nie..Aku nak jadikan benda nie sebagai panduan biar aku nampak perjalanan hidup aku..Tapi sampai satu masa aku akan ubah keseluruhan HIDUP aku..Aku nak jadi seorang yang lebih baik dari sebelum nie dan aku nak capai sesuatu yang aku sendiri pn x sangka yang ITU ADALAH AKU...Insyaallah..Aku bukan  nak menentang ketentuan Allah, tapi aku nak usaha habis-habisan tuk jadikan impian aku tu jadi realiti..TAK ADA SESIAPA YANG BOLEH UBAH HIDUP AKU SELAIN DIRI AKU  SENDIRI...kalu da usaha pn tetap tak dapat maknanye memang Allah  tak izinkan dan pasti ada "sesuatu" yang telah Allah rancangkan untuk aku. Mungkin "sesuatu" tu lebih baik dari apa yang aku  
impikan.

Niat kerana ALLAH + Usaha + Doa +.Tawakal = ITULAH AKU satu hari nanti...Ya Allah, berkatilah hidupku dan permudahkan la segala urusanku..Amin..

Thursday 20 October 2011

Mencari Kekhusyukan dalam sembahyang

Apa yang kenapa???...ermm..ape yg dipersoalkan kat cni..,kenapa time kita sembahyang kan,ada j benda maya  yang terlalu di depan mata..time tu jugak dia datang..time sembahyang laa teringat "erm..sedapnya aiskrim Magnam,baru ingat letak kat mane pen tadi..Ooo,lupa laa nak ambik air sembahyang n segala bagai lagi laa"...nak khusyukkan diri tapi termelayang benda yang lalu tu..agak2 yang mane lebih dapt perhatian??..sebab tu..ada orang sembahyang terlebih rakaat dan ada yang terkurang rakaat..yang lupa rakaat pn ada..hahaha..yang nie lagi masalah..Tiap-tiap hari sembayang j..tapi tu laa..makne dalam sembahyang pn ingat x ingat j..Mungkin dengan menghayati maksud dalam sembahyang nie membantu kita tuk lebih khusyuk lagi. .Oleh itu, marilah kita renung-renungkan dan paham-pahamkan setiap rangkap yang kita sebut sewaktu kita solat.

Maksud atau Makna Bacaan Dalam Solat

Takbiratul-Ihram / Takbir

Allah Maha Besar.

Doa Iftitah

Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya. Maha suci Allah sepanjang pagi dan petang. Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit dan bumi, dengan suasana lurus dan berserah diri dan aku bukan dari golongan orang musyrik. Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku, matiku adalah untuk Allah Tuhan sekelian alam. Tidak ada sekutu bagiNya dan kepadaku diperintahkan untuk tidak menyekutukan bagiNya dan aku dari golongan orang Islam.

Al-Fatihah

Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Mengasihani. Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam. Yang maha pemurah lagi maha mengasihani. Yang menguasai hari pembalasan. Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkau kami mohon pertolongan. Tunjukilah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau kurniakan nikmat kepada mereka, bukan jalan mereka yang Engkau murkai dan bukan jalan mereka yang sesat.

Bacaan ketika rukuk

Maha Suci TuhanKu Yang Maha Besar dan dengan segala puji-pujiannya.

Bacaan ketika bangun dari rukuk

Allah mendengar pujian orang yang memujinya.

Bacaan ketika iktidal

Wahai Tuhan kami bagi Engkaulah segala pujian.

Bacaan ketika sujud

Maha suci TuhanKu yang Maha Tinggi dan dengan segala puji-pujiannya.

Bacaan ketika duduk di antara dua sujud

Ya Allah, ampunilah dosaku dan rahmatilah daku, lindungilah daku, angkatlah darjatku, rezekikan daku, berilah aku petunjuk, selamatkanlah daku dan maafkanlah akan daku.

Bacaan ketika Tahiyat Awal

Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad.

Bacaan ketika Tahiyat Akhir

Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya. Sebagaimana Engkau selawatkan ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim. Berkatilah ke atas Muhammad dan atas keluarganya sebagaimana Engkau berkati ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim di dalam alam ini. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agung.

Doa Qunut

Ya Allah, berilah aku petunjuk sebagaimana orang-orang yang telah Engkau tunjuki. Sejahterakanlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau sejahterakan. Pimpinlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau pimpin. Berkatilah hendaknya untukku apa-pa yang telah Engkau berikan padaku. Jauhkanlah aku daripada segala kejahatan yang telah Engkau tetapkan. Sesungguhnya hanya Engkau sahajalah yang menetapkan, dan tidak sesiapapun yang berkuasa menetapkan sesuatu selain daripada Engkau. Sesungguhnya tidak terhina orang yang memperolehi pimpinanMu. Dan tidak mulia orang-orang yang Engkau musuhi. Telah memberi berkat Engkau, ya Tuhan kami dan maha tinggi Engkau. Hanya untuk Engkau sahajalah segala macam puji terhadap apa-apa yang telah Engkau tetapkan. Dan aku minta ampun dan bertaubat kepada Engkau. Dan Allah rahmatilah Muhammad, Nabi yang ummi dan sejahtera keatas keluarganya dan sahabatsahabatnya. Salam Sejahtera ke atas kamu berserta rahmat Allah.

Jom Amalkan "Cara dan Doa ketika BerWuduk"

Cara Dan Doa-Doa Wuduk

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

Sebelum berwuduk hendaklah membersihkan bahagian mulut terlebih dahulu dengan menggunakan kayu sugi atau berus gigi dan berkumur kemudian basuhlah kesemua anggota wuduk dengan sempurna tanpa pembaziran air.
Daripada Abu Hurairah r.a. Nabi Muhammad SAW bersabda: “Sekiranya aku tidak menyusahkan umatku, aku akan perintahkan umatku berwuduk pada setiap kali solat dan bersiwak (bersugi) pada setiap kali wuduk.”  (Hadis Riwayat Ahmad)

1.   Mulakan dengan bacaan  Bismillah beserta bacaan doanya:
Serulah Allah pada permulaan wuduk dengan berkata: Bismillah (perlahan atau kuat).
Nabi Muhammad SAW bersabda: “Tidak ada wuduk untuk mereka yang tidak menyebut nama Allah atasnya.” (Riwayat – Ibn Maajah, At-Tirmizi, Abu Daud, dan lain-lain)


2.   Membasuh jari-jemari hingga pergelangan tangan sambil membaca:
Humran r.a. meriwayatkan bahawa Uthman r.a. dipanggil untuk menunjukkan cara berwuduk lalu membasuh tangannya tiga kali … kemudian berkata, “Saya melihat Rasulullah SAW berwuduk, sama seperti yang telah saya berwuduk tadi.” (Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)


3.   Berkumur-kumur dan membaca:
 
Nabi Muhammad SAW bersabda: “Apabila kamu berwuduk kemudian basuh mulut.” (Riwayat Al-Baihaqi)


4. Masukkan air ke dalam hidung dan keluarkannya kembali (istinsyaq):
     a.   Masukkan air ke dalam hidung sambil membaca;
.
      b.   Mengeluarkan air dari hidung, membaca:
Rasulullah SAW bersabda: “Apabila salah seorang di antara kamu berwuduk, hendaklah dia memasukkan air ke dalam hidung, kemudian mengeluarkannya.” (Riwayat Al-Bukhari, Muslim dan Abu Daud)

Abd Khair r.a.berkata: “Kami sedang duduk melihat ke arah Ali r.a., dimana beliau berwuduk dan memasukkan air ke dalam mulutnya dengan tangan kanannya dan membasuh mulut dan hidung, kemudian dikeluarkan dari hidungnya dengan tangan kirinya dia berbuat tiga kali, kemudian berkata: “Sesiapa yang ingin melihat cara penyucian Rasulullah SAW, maka ini adalah penyuciannya.” (Riwayat – Ad-Daarimee)


5.   Membasuh muka 3 kali sambil berniat mengambil wuduk.
      a.   Niatnya:

     b.   Seiring itu disunatkan juga membaca:

     c.   Bersihkan muka 3 kali dari atas dahi ke dagu dan dari telinga ke telinga.


 
Allah SWT berfirman: “Wahai orang-orang yang beriman! Apabila kamu berniat untuk mendirikan solat, basuh muka dan tangan sehingga ke siku, gosok (dengan melepaskan tangan basah ke atas) kepala kamu, dan (basuh) anda kaki sehingga ke buku lali … ” (Al-Ma’idah 5:06)

Humran Ibn Abaan r.a. meriwayatkan bahawa Uthman r.a. dipanggil untuk menunjukkan cara berwuduk sebagaimana Rasulullah SAW berwuduk. Humran r.a. berkata: “Kemudian beliau mencuci mukanya tiga kali.” (Riwayat Al-Bukhari, Muslim)


6.   Membasuh kedua tangan sampai ke siku, sambil membaca doa:
         a.  Ketika membasuh tangan kanan:

         b.  Ketika membasuh tangan kiri:
Nu’aim Ibn Mijmar r.a.berkata: “Saya melihat Abu Hurairah berwuduk. Dia membasuh mukanya dan menyempurnakan wuduk, kemudian mencuci tangan kanannya sehingga dia sampai ke lengan, kemudian tangan kirinya sehingga dia sampai ke lengan.” dan pada akhirnya dia berkata: “Ini adalah bagaimana saya melihat wuduk membuat Rasulullah SAW.” (Riwayat – Muslim)


7.  Menyapu air ke  sebahagian  kepala sambil membaca:

“Nabi Muhammad SAW menyapu kepalanya dengan dua tangan, menggerakkan ia ke hadapan dan ke belakang, bermula dengan bahagian depan kepala sehingga ke tengkuk Baginda, kemudian kembali semula ke tempat dari mana ia mula.” (Riwayat Al-Bukhari, Muslim, At-Tirmizi, dan lain-lain)


8. Membasuh bahagian luar dan dalam kedua belah telinga sambil membaca doa:
Daripada Abdullah ibn Amr r.a. tentang cara melaksanakan wuduk Rasulullah SAW: “Baginda SAW menyapu kepalanya dan memasukkan jari telunjuk ke dalam telinganya dan menyapu belakang telinganya dengan ibu jari.” (Riwayat – Abu Daud, An-Nasa’i, Ibn Maajah, Ibn Khuzaimah)


9.   Membasuh kedua belah kaki hingga ke buku lali.
       a.  Semasa membasuh kaki kanan, disunatkan membaca:
.
         b.  Sewaktu membasuh kaki kiri disunatkan membaca:
Ibn Umar r.a. berkata; Rasulullah SAW dalam perjalanan, jauh di belakang kami dan kemudian datang kepada kami ketika sudah tiba masanya untuk solat Asar. Kami mula berwuduk dan lap kaki kami, kemudian baginda menyeru; “Celakalah buku lali dari api neraka. (Dua atau tiga kali).” (Riwayat – Al-Bukhari dan Muslim)
Al-Mustaurad r.a. berkata; “Apabila Rasulullah SAW berwuduk, Baginda akan memasukkan air antara jari-jari kaki dengan jari kecilnya.” (Riwayat – Abu Daud, At-Tirmizi dan Ibn Maajah).


10.   Doa Wuduk.  
Menghadap ke arah kiblat dan membaca doa wuduk:
.
Daripada Uqbah bin Amir r.a., Nabi SAW bersabda: “Tidak seorang pun daripada kamu yang berwuduk dan melebihkan basuhannya kemudian berdoa: “Aku bersaksi bahawa tiada tuhan yang disembah melainkan Allah dan Muhammad adalah hamba Allah dan utusan-Nya”, melainkan dibukakan untuknya lapan pintu syurga, ia boleh memasukinya melalui pintu yang ia kehendaki. (Hadis Riwayat Muslim).

Copy from http://shafiqolbu.wordpress.com/